Monday 16 July 2012

Mana Mau Lari - Filem Box Office 2013 !



Filem Mana Mau Lari bakal menjadi filem box office tahun 2013 berdasarkan kepada gaya penceritaan yang bersahaja serta visual komedi yang spontan. Gabungan Pengarah Prof.Madya A.Razak Mohaideen dan penulis novel Lagenda Budak Setan - Ahadiat Akashah adalah satu gabungan unik yang memberi kesan terbaik kepada filem Mana Mau Lari ini. Cerita dalam filem ini bermula dengan empat rakan yang memang kaki "bikers"...Geng Kassim Selamat. Filem ini bermula dengan aksi motorcross yang memang menarik. Empat sekawan ini kemudiannya membuat keputusan untuk "go for a joy ride"...Malangnya, salah sebuah motorsikal mereka telah dicuri. Cerita bermula dari saat  tersebut membawa mereka ke seluruh pelusuk ceruk rantau mencari motorsikal mereka yang hilang. Apakah yang berlaku kepada JEJAK MOTOR mereka ini...?





.saksikanlah di pawagam pada awal 2013...
Mana Mau Lari...
menghambat anda di pawagam...



Thursday 12 July 2012

Lawak Spontan - Mana Mau Lari


Antara pendekatan menarik filem Mana Mau Lari yang digunapakai oleh Pengarah Prof.Madya A.Razak Mohaideen adalah dengan membenarkan artis-artis dalam filem ini untuk mengolah dialog mereka sendiri dgn cara dan gaya tersendiri. Para pelakon diberi "guide" jalan cerita ini bersama-sama dengan dialog tetapi mereka bebas menambah dialog yang bersesuaian secara spontan. Ini telah menyebabkan lakonan pelakon-pelakon dalam filem ini menjadi begitu bersahaja dan sangat menarik. Perwatakan setiap pelakon utama dalam filem ini juga diperkuatkan dengan "habits" yang mencuit hati. Penampilan CAMEO pelakon-pelakon tambahan juga telah menambahkan seri filem Mana Mau Lari yang secara langsung telah memantapkan filem ini. Filem Mana Mau Lari bakal menjadi filem komedi BOX OFFICE yang berpotensis mengaut kutipan pecah panggung untuk tahun 2013. 



Mana Mau Lari - Filem Aksi Motorsikal Hebat !


Filem Mana Mau Lari bakal menggegarkan peminat-peminat permotoran tanah air dengan aksi-aksi permotoran lasak serta gaya "bikers" yang ranggi. Filem ini bakal menarik minat "bikers-bikers" seluruh tanah-air kerana ianya 100% "bikers" story. Gaya penceritaan Ahadiat Akashah dan ditambah dengan sentuhan Pengarah Prof.Madya A.Razak Mohaideen telah menrancakkan visual-visual permotoran dalam filem ini. Saksikan di pawagam pada suku pertama 2013...



Harley Davidson (Malaysia) Sponsor Mana Mau Lari !


Filem Mana Mau Lari telah mendapatkan penajaan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi  oleh Harley Davidson (Malaysia). Usaha mendapatkan 4 buah jentera Harley Davidson ini amatlah sukar buat permulaan kerana harga motorsikal tersebut sangatlah tinggi. Setinggi terima kasih diucapkan kepada Ahadiat Akashah, Pengurusan Harley Davidson Malaysia (Dato Zul), Prof.Madya A.Razak Mohaideen dan Datuk K dalam mendapatkan ke-empat-empat buah motorsikal Harley Davidson bagi tujuan penggambaran Mana Mau Lari. Nantikan Mana Mau Lari pada suku pertama 2013....


Wednesday 11 July 2012

Mana Mau Lari - Filem Usahasama Produksi Tayangan Unggul dan Lineclear Motion Pictures !



Kepada semua peminat-peminat filem komedi.

Tayangan Unggul sekali lagi membawakan sebuah filem komedi tetapi kali ini berbentuk "adventure" yang bertajuk Mana Mau Lari. Tayangan Unggul dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd telah menggabungkan Director tersohor - Prof.Madya A.Razak Mohaideen yang telah baru-baru ini memenangi anugerah Malaysia Guiness Book of Records (pengarah paling banyak mengarahkan filem (35 filem ) dengan penulis novel terunggul Malaysia Ahadiat Akashah (penulis novel - Lagenda Budak Setan) yang juga pemenang Malaysia Guiness Book of Records (penulis novel terbanyak) ...telah merealisasikan produksi filem MANA MAU LARI. Mana Mau Lari telah memulakan penggambaran pada 18hb Jun 2012 dan selesai penggambaran pada 9hb Julai 2012. Sama-sama kita nantikan Mana Mau Lari menghambat anda di pawagam pada suku pertama 2013. Tunggu !